SITI Nurhaliza melihat jenazah bapanya dibalut dengan kain kafan di rumahnya di Bukit Antarabangsa, semalam. pic source : utusan.com.my

Bapa Siti Nurhaliza Meninggal Dunia
KUALA LUMPUR, 15 Feb (Bernama) — Bapa artis wanita paling popular Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, meninggal dunia akibat sakit jantung di Hospital Pakar Ampang Puteri di sini hari ini.

Tarudin Ismail, 67, dimasukkan ke hospital berkenaan Jumaat lepas untuk menjalani pembedahan pintasan jantung dan tidak sedarkan diri sejak itu.

Suami Siti, Datuk Khalid Mohd Jiwa ketika ditemui pemberita di hospital tersebut berkata Tarudin telah lama mengalami masalah jantung dan dinasihatkan menjalani pembedahan pintasan jantung.

Selain masalah jantung, Allahyarham juga menghidapi penyakit kencing manis dan buah pinggang. Allahyarham rebah di bilik air dan dibawa ke Hospital Pakar Ampang Puteri Jumaat lepas di mana pembedahan pintasan jantung dilakukan, katanya.

Tetapi selepas pembedahan itu, Allahyarham koma dan disahkan meninggal dunia pada pukul 11.50 pagi ini.

Jenazah akan dikebumikan selepas solat Maghrib di kampung Allahyarham di Kuala Lipis, Pahang hari ini.

Turut hadir menziarahi jenazah ialah Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob.

— BERNAMA

read more:
bharian.com.my : Bapa Siti Nurhaliza meninggal dunia
bernama.com : Bapa Siti Nurhaliza Meninggal Dunia
bernama.com : Jenazah Bapa Siti Nurhaliza Disemadikan
murai.com.my : AYAH SITI NURHALIZA MENINGGAL DUNIA