Mencari Penaja Untuk Sembang Komputer
19 February, 2009 (01:31) | Sembang Editor | By: MK
Dukacita dimaklumkan, hosting bagi Sembang Komputer telahpun mencapai tarikh luput. Sembang Komputer dan Forum SK hanya mampu bertahan untuk dua atau tiga hari lagi sebelum digantung. Malangnya, saya mengalami sedikit masalah kewangan pada bulan ini dan tidak mampu untuk memperbaharui hosting.

Saya sangat mengalu-alukan jika ada mana-mana pihak yang sudi menghulurkan sumbangan dalam bentuk wang ringgit, supaya blog ini terus hidup. Sedikit pun jadilah.

Jika ada yang sudi menaja sepenuhnya hosting Sembang Komputer untuk satu tahun (kira-kira RM 130), pautan kepada laman web anda akan diletakkan pada blog ini selama setahun.

Sekiranya ada yang sudi, hubungi saya di sini

tolong menolong amalan mulia!