Budaya ‘Cut And Paste’ Punca Kemerosotan Kualiti Penyelidikan Pelajar IPTA

KOTA KINABALU, 23 Mac (Bernama) — Budaya mengambil maklumat daripada internet atau lebih dikenali sebagai ‘cut and paste‘ merupakan antara punca kemerosotan kualiti penyelidikan di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini, kata Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi Datuk Dr Radin Umar Radin Sohadi.

Beliau berkata penggunaan komputer dan internet untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan telah mencetuskan budaya kerja “cut and paste” dan sehingga mengabaikan proses penyelidikan untuk maju ke hadapan.

“Walaupun kemudahan komputer dan internet menjadi alat pembelajaran terpenting pada hari ini, namun pelajar IPTA tidak seharusnya membudayakan amalan ini kerana ia tidak menggambarkan ciri-ciri kesarjanaan graduan yang berkualiti dan berwibawa.

“Graduan sepatutnya mempunyai kebolehan yang menyeluruh dan tidak semata-mata bergantung kepada ICT,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian 1 Megalab, di Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Likas dekat sini hari ini.

BERNAMA

how do you think about this?